top of page

KLMBH HASH #305 @ BENTONG, 26TH OF JUNE 2022 - BAHASA MALAYSIA SCRIBE REPORT

Updated: Jul 3, 2022


Tingg !!!.. ' KLMBH 26/6/22 Bentong, Pahang.. mmm.. macam best jugak join ni ' hehe..

itu lah ayat dalam hati aku, masa tu terus screenshot bagi kat hubby aku.. then dia reply.. Jommm !!! 😁


Teringat dari 2014 join KLMBH bash ni memang berbaloi trail dia bagi kaw kaw punya, seksa, pahit manis, maki hamun, heaven scene, awesome downhill, singletrail (mmm.. paling suka..) , nyesal bagai #&+@÷π$¥× semua ada.. 🤣 tapi itu lah setiap kali abis kayoh.. tak serik makin ketagih pulak 😅😆🤣


Gambar lama 2014, 1st time kami join KLMBH.. muka muda seyy.. 😁


So kali ni, kali yang ke 7 kami join bash keseluruhan nya, last bash kami join September 2020.

Bentong BASH #305 ni kira event honeymoon kami lah.. 😍😁


Passport rider KLMBH masa tahun 2014

sekarang dah tak pakai dah..


25/6 Drive my subie sarat dengan barang dan basikal JB - KL - Jande Baek sampai 8 malam.


Bentong Sg. Perting 9.28 Pagi

'On!.Onnn...!!!


Hash bermula selepas short briefing dari kepala Bash dengan pesanan akhir yang ringkas seperti biasa 'as usual stay on the paper.. we are not your baby sitter.. if you lost.. do not update on your FB, pickup your phone and call grab they will take you back home 😆🤣..soo sweet paham² je la maksudnya, ko kena layan trail tanpa ada check / water point, basikal rosak ke injurd ke takde siapa peduli, pandai² lah ko nak hidop.


ye.. survivor dalam trail yang kadang² tak pernah diteroka.. vergin forest woo.. 😍


Gambar briefing pagi tu..


Ok, taknak cakap banyak, nak citer Bash kali ni punya jarak kayoh dia bagi dalam 24 km je, ye.. betol pendek je jaraknya dalam kepala macam makan lemang toki bentong😅 tapi.. citer pon tak guna, korang kayoh la baru tau camana rasa nya 😝. kalini starting dia bagi bukit, ye bukit yang macam 8 kali bukit dagu / wajib kat plentong 😭😅. Lepas muntah sambung lagi panjat bukit. sampai puncak dia bagi dua pilihan, nak short loop ke long loop ?? ish.. tak kan datang dari jauh nak ambik short loop !? Ahh shoot terus long loop nak jadi apa jadik lah ! 😅


Gambar nak sambung long loop ke nak short loop..


maka bermula la perjalanan mengharungi 'full loop' Di mulakan downhill open ladang durian musang king dalam 1.2 km terus ke bibir anak sungai yang sangat² cantik, stop kejap ambil gambo. sambung kayoh lalu kg pure people, panjat bukit sampai rumah Laupan tokey durian kat atas bukit , sambung bukit, puncak bukit, downhill single trail, masok kebon, rehat kejap tak jumpa rider lain dah cuma sorang mamat Mauritius ni.. ingat dia follow kami tahu² negok belakang dia dah hilang terpaksa la kami tinggalkan 😬.. sorry bro life must go on.. 😅


Layan punya layan climb bukit - downhill 5 - 10 kali panjang pendek yang tak bosan 😭🤣. banyak laluan scenic sangat² cantik singletrail canopy lereng² bukit dan anak sungai sepanjang 10 km laluan akhir sangat memorible sehingga lah melintas titi empangan tepi air terjun hingga terlupa 'kesengsaraan' sebelumnya.. 😅😝🤣


Tiba di 'Home' (finish base) pukul 2 petang, mandi sungai jap.. gila sejuk! Lepas tu kami rehat lagi semalam kat janda baik besok pagi nya terus shoot balik JDT Ale ale.. 😁


Akhir kata..Thank you so much guys! bagi memori yang paling ohsem dalam dunia MTB setiap kali join bash korang! 😍


Sampai jumpa lagi sekumpulan orang gila yang suka seksa diri ! 🤣❤️


Check check ! On Onnn.. !


Pah & Zack ,

Plentong Trail Residence.

288 views0 comments

Comments


Kuala Lumpur Mountain Bike Hash, the only place for MTB fanatics in Kuala Lumpur!

  • Facebook - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
bottom of page